09 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Esok adalah 29 Syaaban 1431 Hijrah tarikh cerapan nak bulan Ramadhan bagi menentukan hari permulaan puasa di lokasi tertentu seluruh Malaysia. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, pada malamnya..
Disebalik kegembiraan kita menyambut Ramadhan di Malaysia yang serba lengkap dengan jutaan Juadah yang tak terjamah,fasiliti untuk beribadah yang meluas, dan suasana politik yang tenteram yang memberi kita nikmat menyambut Ramadhan kali ini dengan penuh ketenangan dan kesyukuran.
 Akan tetapi, apalah nasib Umat seagama dengan kita dibumi suci Palestin. Apakah yang bermain difikiran mereka ketika Ramadhan menjelma. Ketika kita sudah sibuk mula buat persiapan baju untuk hari raya, akan tetapi mereka disana tak henti henti bermandikan darah bagi menyelamatkan bumi mereka menentang Israel Laknatullah..

Betapa mahalnya harga yang perlu mereka bayar bagi sebuah kehidupan yang serba sementara ini. Mereka dibiarkan sendirian bertempur menggunakan batu yang dikutip di tepi jalan menentang Kereta Kebal Israel .  ke mana hilangnya sokongan dalam bentuk ketenteraan dari negara-negara seagama dengan mereka. Hanya diam membisu dan menyalak dari jauh sahaja. Sehinggakan Kapal Mavi MarMara untuk menghantar bekalan mkanan dan pakaian untuk penduduk Gaza pun digempur oleh Komando Israel..fikir-fikirkan betapa laknatnya perangai orang Israel terhadap penduduk muslim.
Apa yang kita mampu lakukan,hanya berdoa kehadrat Allah supaya menguatkan Iman dan semangat juang umat Palestin dalam mengharungi ujian dunia yang sementara ini, semoga perjuangan mereka hari ini akan dibalas oleh Allah dengan Ganjaran Syurga di alam yang kekal abadi..Amin............

Sekain,untuk kali ini, Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog ini..

No comments:

Post a Comment

Adakah perlantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM mampu mengorak langkah kearah kemajuan liga tempatan dan meningkatkan krdibiliti skuad negara di persada antarabangsa?