07 August 2010

Undian TM Piala Malaysia


Baru-baru ini telah berlangsung undian TM Piala Malaysia 2010 bagi pasukan-pasukan bertanding. Berikut merupakan hasil undian yang dijalankan;

KUMPULAN A
  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS
KUMPULAN B
  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah
KUMPULAN C
  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM
KUMPULAN D
  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United
PERINGKAT KUMPULAN:

PUSINGAN 1: 14 Sept, 17 Sept, 20 Sept.
PUSINGAN 2: 3 Okt, 6 Okt, 9 Okt.

SUKU AKHIR:
Juara A lwn Naib D,
Juara B lwn Naib C,
Juara C lwn Naib B,
Juara D lwn Naib A.
(12 Okt dan 16 Okt)
* Jika Selangor layak, perlawanan 16 Okt melibatkan Selangor diawalkan ke 15 Okt kerana Selangor perlu beraksi dalam Piala Sultan Selangor 2010 pada 16 Okt.

SEPARUH AKHIR:
Juara A/Naib D lwn Juara C/Naib B
Juara B/Naib C lwn Juara D/Naib A
(20 Okt dan 23 Okt)

FINAL:
30 Okt di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sumber:http://www.fam.org.my/n.asp?id=84

Analisis;
Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 14 september 2010 (bersamaan 5 Syawal). Maknanya para pemain akan mula bermain dikala rendang,dodol,kuih-raya, ketupat dan nasi himpit belum lagi dihadam oleh sang perut. Kesian mereka kan, tapi apa ada hal, profesional nama pun...tak gitu..!!!
 Undian kali ini nampaknya memberi kelesaan kepada pasukan bekas-bekas Juara untuk mara lebih jauh ). ini disebabkan pasukan-pasukan pilihan seprti Kedah,dan Selangor berentap dalam kumpulan bersingan. Cuma ,Negeri Sembilandan Kelantan diundi sama dikumpulan A. Tapi itu hanya teori semata-mata. Sama juga macam World CUp baru-baru ni apabila pasukan piilahan banyak juga yang pulang awal seperti Perancis,England,Brazil.etc..tiada sapa dapat mendabik dada bahawa pasukan mereka kuat.
Hanya pasukan yang konsisten persembahannya, tajam didepan gol,pergantungan pemain utama yang minima, dan strategi taktikal yang menjadi, akan menjadi penanda aras kemampuan sesuatu pasukan.
Apa yang diharapkan,para penyokong bola sepak tempatan, kembalilah ke Stadium,jangan biarkan tempat duduk stadium kita hanya dipenuhi tahi-tahi burung yang bertenggek akibat kurangnya sokongan peminat.!!!!,

tiada sapa dapat merancakkaan liga tempatan kita kalau bukan kta warga Malaysia, ketepikan saingan EPL dan Liga Eropah lain dahulu. Kembalikan sokongan kita bagaiman era Semi-Pro dulu..setiap ruang stadium dipenuhi penonton yang fantaik dan berdisiplin..
sekian..

No comments:

Post a Comment

Adakah perlantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM mampu mengorak langkah kearah kemajuan liga tempatan dan meningkatkan krdibiliti skuad negara di persada antarabangsa?