20 December 2010

Apa itu "Law of Attraction"

Sejahtera keatas kamu semua sekalian alam..

dah lama sangat rasanya tak update blog ni, untuk kupasan kali ini, saya memilih untuk membincangkan topik yg agak menarik bagi saya dalam konteks memotivasikan diri dengan aplikasi kajian orang barat tapi kita adaptasi mengikut acuan Islam, menarik bukan bunyiner..apa benda tu???

Semasa saya tercari-cari buku motivasi diri dalam internet, saya telah tergerak hati untuk membeli buku "Quranic Law Of Attraction".setelah membaca ringkasan maklumat tentang isi buku ini,saya terus order, setelah beberapa hari buku ditempah secara online, akhirnya Posmen menghantar sampai depan rumah..Alhamdullillah!!! tak penat-penat nat start kereta pegi kedai buku dah..


Saya ambil 2-3 hari untuk membaca semua helaiannya, ternyata buku ini tidak mengecewakan, ..kenapa pulak???? sebabnya penulis buku ini Rusdin S.Rauf berjaya mengolah tentang "hukum penarikan " ini berdasarkan pendekatan Al Quran dalam huraian yang mudah difahami besertakan contoh-contoh yang dekat dengan kita yang mana membuatkan buku menjadi lain daripada yang lain..semakin banyak menbaca..lagi banyak persoalan timbul..dan dijawab satu persatu dengan huraian yang baik sekali..

Untuk makluman semua,"Law of Attraction" dipopularkan oleh buku 'The Secret' karya Rhonda Byrne (2006), 'The Law of attraction" karya Esther Hicks(2006) dan beberapa judul lagi. So, apa yang menariknya..apa yang hukum ini bagitau???


"Law of Attraction" adalah satu hukum dimana alam persekitaran akan bertindak balas atas segala yang anda ucapkan, sebagai contoh,  sekiranya setiap hari anda berterusan megeluh, marah dan benci tentang apa yang anda lalui dalam hidup, secara tanpa sedar anda telah memancar gelombang negatif ke persekitaran, dan hasilnya hidup anda berterusan susah,stress dan bernasib buruk. Hukum ini menyatakan untuk berjaya anda sentiasa kena berfikiran positif dan yakin akan berjaya, sebabnya persekitaran akan bertindakbalas atas gelombang positif yang dihasilkan dan hasilnya anda menjadi yakin dan berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya...ok sekarang dah faham apa itu hukum penarikan fahaman barat...


tapi,bagi kita orang Islam hukum ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan dan diajar dalam kitab agung kita Al-Quran, cuma kita tidak mengetahuinya. Pernah anda dengar orang selalu cakap "kata-kata itu satu doa". Memang benar, inilah yang dibuktikan melalui hukum ini melalui penerangan saya diatas!!jika kita asyik mengeluh dan tidak pernah bersyukur akan rezeki pemberian Allah, manakan kita akan mendapat rahmatNya...sebaliknya, jika kita sentiasa berfikiran positif, syukur akan setiap rezeki yg Allah beri, redha dengan segala Qada dan Qadar, dengan keazaman yang tinggi dan bertawakkal kepada Allah, maka kejayaan akan berkujung tiba dengan kenikmatannya sekali!!!


Selalu kita mendengar ramai orang yang berjaya, harta banyak,duit berjuta-juta tetapi tidak mengecapi bahagia dalam hidup, kesihatan sering terganggu, masalah keluarga dan sebagainya, persoalan kita..kenapa jadi begitu??..mudah saja apabila setiap rezeki yang Allah beri buat kita lalai dengan kehidupan dunia,tiada lagi erti syukur kerana kesibukan mengejar duniawi,tidak lagi solat kerana sibuk, zakat tak dikeluarkan,  maka Allah tidak akan memberkati kemewahan yang dikecapi..apabila tiada keberkatan, jangan haraplah hidup akan bahagia, dan jangan lupa ,Allah mampu untuk menarik balik segala kemewahan itu sekelip mata..sesungguhnya Allah Maha Adil...

Al Quran merupakan kitab ulong kita untuk umat akhir zaman selain hadith-hadith Nabi. Sedarkah kita dalam Al Quran terdapat pusat-pusat tenaga yang dapat mengeluarkan gelombang positif yang mana jika kita menyelaminya kita akan beroleh kebahagian hidup,keyakinan diri yang teruh, sentiasa menrendah diri, lipahan rezeki dan lain-lain lagi. Menurut penulis , antara tenaga yang Al Quran gariskan adalah Tenaga Doa, Tenaga Syukur dan Tenaga Sabar'


cukup untuk setakat ini dengan masa yang terhad..saya akan huraikan satu persatu dalam perjumpaan seterusnya..terima kasih

Adakah perlantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM mampu mengorak langkah kearah kemajuan liga tempatan dan meningkatkan krdibiliti skuad negara di persada antarabangsa?