07 August 2010

Siapa bangsa Melayu

Sedih melihat gejala sosial yang melanda anak-anak Melayu sekarang, bersosial seperti tiada sempadan Agama. Tepercik persoalan dalam minda, sampai bilakah masalah ini akan berakhir, adakah kesedaran akan muncul apabila negara 'Tanah Melayu' ini di rampas oleh bangsa lain...fikir-fikirkanlah wahai bangsaku..
persoalannya kenapa bangsa kita teruk dihimpit gejala sosial ini:
 Apakah masa depan umat Melayu dikala zaman 2020 nanti, jika bangsa lain terus gigih menaikkan ekonomi bangsa sendiri, akan tetapi tuan punya negara ini senantiasa berada dalam 'Comfort Zone'. Mungkin mereka beranggapan negara kita takkan jatuh ke Tangan Bangsa Lain selagi dipimpin oleh Perdana Menteri Melayu. Persepsi yang silap..
Ekonomi kita sudah jatuh ke tangan bangsa pendatang, apa yang tinggal pada kita jika asyik ber'clubbing'tak sudah tanpa memikirkan hala tuju sebenar bangsa...
Pendidikan bermula daripada rumah. Diharap ibu bapa zaman globalisasi ini pandai mencorak minda anak mereka agar tidak hanyut dengan dunia yang sementara ini, Gunakan pendekatan 'push and pull' dalam menyelesaikan masalah, jangan katakan Tidak secara terus, tp gunakan psikologi agar anak-anak dapat menerima situasi tersebut..
Pihak berwajib perlu memainkan peranan yang aktif dari aspek penguatkuasaan, tiap-tiap malam dalam berita menyiarkan pembongkaran kisah rumah urut tak berlesen. Hairan juga, kenapa boleh jadi gitu??? adakah sistem implementasi yg lemah penuh dengan ketirisan mampu menyumbangkan kepada jumlah kegiatan sosial yang jauh lagi teruk nanti, jangan kerana kejarkan wang ringgit sanggup menghalalkan cara tanap memikirkan Halal-Haram, jangan samapai tak terjawab di Padang Masyar nanti sudahlah...
Sama-sama kita giatkan usaha untuk memerangi gejala ini dalam ruang lingkup yang kita mampu..

No comments:

Post a Comment

Adakah perlantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM mampu mengorak langkah kearah kemajuan liga tempatan dan meningkatkan krdibiliti skuad negara di persada antarabangsa?