05 September 2010

Selamat menyambut Aidilfitri


Minggu ini adalah minggu terakhir kita di bulan Ramadhan yang mulia ini,Alhamdullillah setakat ni kewajipan puasa terlaksana dengan baik, sama-sama kita berdoa agar dapat bertemu Ramadhan yang akan datang. Pada saat ini masing-masing sibuk dengan komitmen diri dalam persiapan menyambut Syawal hujung minggu ini.Segala persiapan baju raya telah dibeli,kuih-muih sudah rancak di'ovenkan'didapur dan persiapan kenderaan untuk balik ke kampung telah dilaksanakan.

Semoga perjalanan balik ke kampung nanti selamat dari segala kebarangkalian yang tak diingini.Kepada yang memandu, siapkan kelengkapan yang perlu,seperti selengaraaan kereta, tidur dan rehat yang cukup dan rancanglah perjalanan sebaik mungkin untuk mengelakkan terkandas dalam kesesakan trafik semasa pulang ke kampung. Semoga kemalangan maut berkurang pada Syawal ini, sedih melihat keluarga yang terpaksa menerima kepulangan ahli keluarganya dalam keadaan yang sedih dan pilu..
bagi kakitangan pihak berkuasa seperti Polis,Jpj dan Bomba,Tentera dan lain2,selamat menjalankan amanah negara di musim raya.
Pastikan rumah kita dikunci dengan baik sebelum bergerak pulang kekampung. Laporkan tentang kepulangan anda ke kampung di bakai-balai Polis yang berhampiran, bagi memudahkan urusan rondaan semasa musim perayaan.Semoga kes kecurian semasa pulang berhar raya dapat dikurabgkan.


Dikempatan ini, sya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam lebaran buat semua yang mengenali diri ini.
Salam Aidilfitrikepada kepada semua saudara-mara yg rapat & bau-bau bacang, rakan-rakan seperjuangan, bekas2 cikgu, Lecturer dan semua yang mengenali diri ini

No comments:

Post a Comment

Adakah perlantikan Tan Sri Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden FAM mampu mengorak langkah kearah kemajuan liga tempatan dan meningkatkan krdibiliti skuad negara di persada antarabangsa?